fbpx
Politik

Drama sebabak Anwar dan Azmin

BELUM sempat panas drama pergaduhan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah tamat.

Nampaknya Anwar sendiri gusar jika drama ini dibiarkan berlarutan, dia sendiri tidak dapat mengawalnya.

Ahli PKR ini pantang diberi bola tanggung dan dibatu api, mereka cepat betul melatah sampai ke tahap pemimpin atasan.

Lepas ini ramai-ramai pergi menyembah ke Anwar dan Azmin memohon keampunan selepas terlepas cakap dan bicara.

Tetapi nama mereka telah berada di dalam senarai buku kecil Anwar dan bila-bila masa sahaja akan dipancung satu per satu.


Baru sahaja hendak menambah bertih jagung Anwar telah membuat kenyataan bagi mengendurkan suasana sebelum mencapai klimak.

Anwar Ibrahim berkata dia lebih bersikap terbuka untuk berdamai dengan kumpulan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada mengambil tindakan disiplin.

Suara itu disampaikan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berkata, Anwar bersedia duduk berbincang bagi menangani masalah melanda di peringkat dalaman parti.

Bagaimanapun menurutnya, ahli-ahli parti termasuk perwakilan yang hadir dalam Kongres Nasional PKR Ke-14 2019, semalam dilihat tidak boleh menerima mana-mana pemimpin yang gagal mematuhi disiplin organisasi.

“Hal itu termasuk dalam isu menghadiri mesyuarat, namun beliau (Anwar) bersedia untuk duduk berbincang. Keadaannya begitu buat masa ini,” katanya seperti dipetik portal Malaysiakini hari ini.

Terbaharu, Azmin tidak kelihatan pada hari terakhir Kongres Nasional parti di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC), semalam manakala pada hari sebelumnya, seramai 22 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dari pasukan timbalan presiden itu dan perwakilan meninggalkan sesi perbahasan kongres.

Laporan awal https://www.suaramerdeka.com.my/anwar-gaduh-dengan-azmin-drama-aras-tinggi/

Bila terlalu banyak membela anjing memang sukar untuk tidur lena. Dicampak sahaja tulang mereka akan menggonggong berama-ramai.

Berbanding jika bela kucing dapat juga dibelai dan dibuat teman untuk tidur.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button