Politik

Dr. Zulkifli mohon semua doakan diberi kekuatan untuk pikul amanah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang baharu dilantik memohon agar dirinya diberikan kekuatan melaksanakan tugas.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu juga pada masa sama akan meneruskan apa yang ditinggalkan pemimpin terdahulu.

“Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.⁣

“Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menyifatkan hari ini sebagai ‘babak pertama, episod baharu’, ⁣ Dr Zulkifli memberitahu beliau terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai menteri.

Beliau turut berkongsikan hadis daripada ‘Abdullah bin Salam yang bermaksud seperti berikut:


“Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda.

“Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya.

“Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam⁣, berikan makan, sambunglah silaturrahim ⁣ dan solat di waktu malam ketika orang-orang tidur.”

 

(Visited 71 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button