Nasional

Innalilah wa inna ilahi rajiun… reaksi bila penyokong LTTE dibebaskan

“Innalilah Wa Inna Ilahi Rajiun. Sia-sia usaha Polis Diraja Malaysia  melakukan penyiasatan dan tangkapan lalu Peguam Negara hentikan prosiding.”

Itu komen pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hong berikutan keputusan Tan Sri Tommy Thomas memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) hari ini.

Firdaus antara yang aktif mendedahkan identiti penyokong kumpulan penggasan LTTE di negara ini melalui media sosial.

Jelas beliau, nyawanya turut menjadi taruhan apabila berusaha untuk membongkar dan merisik maklumat berkaitan penyokong LTTE.

“Jangan terkejut andai kami yang selama ini bertungkus lumus merisik nyawa kami untuk membongkar dan mendedahkan penyokong LTTE ini pula yang dikenakan tindakan.

“InshaAllah kami bersedia. Kepada Allah Subhana Wa Ta’ala kami berserah dan berharap,” kata Firdaus.

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.

Katanya, beliau membuat keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang

Antara yang dituduh sebelum ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, G Saminathan, 34; ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60.

Kesemua mereka ditangkap dan ditahan sejak Oktober tahun lalu.-SM

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button