NasionalNegeri

Timbalan Menteri Kesihatan tertarik program saringan kesihatan untuk asnaf di Perlis

TIMBALAN Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni sangat tertarik dengan program saringan kesihatan percuma khas untuk golongan asnaf yang dilaksanakan di Perlis.

Saringan kesihatan percuma ini dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersempena Program Kayuhan MAIPs Peduli yang diketuai sendiri oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi Lukanisman Awang Sauni semasa Baginda berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada salah seorang asnaf di sekitar Utan Aji, dekat Kangar.

Lukanisman teruja kerana dapat menyertai kayuhan amal yang merupakan salah satu usaha untuk menoktahkan kemiskinan di negeri ini.

Beliau berharap agar program turun ke lapangan untuk mendengar keluh-kesah masyarakat dan mencari solusi terbaik oleh ketua-ketua jabatan seumpama ini perlu terus dilaksanakan dan ditambah baik dari masa ke semasa.

Demikian ucapan Lukanisman diakhir program yang diadakan di sekitar Utan Aji, dekat Kangar.

Turut hadir ialah Pengarah JKN Perlis, Dr. Ismuni Bohari.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berkenan menyampaikan sumbangan kepada tiga asnaf terpilih yang menerima bantuan dari MAIPs iaitu wang tunai RM700, Kits MAIPs Peduli, beras fidyah dan juga kipas angin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertanya sesuatu kepada salah seorang asnaf selepas mengurniakan sumbangan MAIPs sempena program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Utan Aji, dekat Kangar.

Asnaf yang terpilih pada kayuhan kali ini adalah Aminah Abd Razak, 70, Abu Bakar Man, 73 dan Mat Isa Abdullah, 74.

Sempena program tersebut juga Raja Muda turut berkenan meluangkan masa mengadakan lawatan ke Lembah Saerah Resort di Kampung Binjal, Utan Aji yang menjadi salah satu tumpuan baru penginapan buat para pelancong khususnya pada Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

Resort ini menyediakan pelbagai fasiliti termasuklah kolam renang, kafe, dewan serba guna dan beberapa kemudahan lain.

Resort yang diusahakan oleh Siti Khadijah Jaaffar ini mempunyai 16 bilik dari harga RM100 hingga RM400.


Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi Lukanisman Awang Sauni semasa Baginda berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada sala

Lembah Saerah juga menawarkan pengalaman yang unik dengan aktiviti ‘Bird Watching’, pemandangan ‘Sunset’ dan ‘Sunrise’ yang cantik serta ‘Star Gazing’ pada sebelah malam.

Dalam perkembangan yang lain, Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail berkenan menzahirkan ucapan selamat bergembira kepada seluruh rakyat Negeri Perlis berketurunan Tionghua yang menyambut Tahun Baru Cina esok. – SM

BACA Asnaf perlu berusaha majukan diri

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button