KesihatanNasional

Tumpuan kepada perokok bukan kesihatan awam: Tak masuk dek akal!

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang kontroversi, Datuk Seri Tiong King Sing diselar kerana memberi tumpuannya kepada perokok dan bukannnya terhadap kesihatan awam.

Sebagai seorang Menteri Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, beliau digesa supaya mendidik dirinya berhubung risiko merokok terhadap kesihatan.

Bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, bahaya merokok termasuk risiko mendapat kanser dan penyakit jantung direkodkan secara meluas dan disokong dengan bukti-bukti penting.

Lee kecewa dengan kenyataan Tiong minggu lalu yang mendakwa bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin gagal membuktikan merokok boleh menyebabkan kanser.

“Dia (Tiong) patut baca buku teks perubatan dan ia akan beritahu kamu. Saya kecewa dengan kenyataan Tiong,” kata Lee.

Kenyataan Tiong menyusul perdebatan mengenai cadangan rang undang-undang (RUU) kawalan tembakau “generasi penamat” yang akan melarang individu lahir selepas 2007 merokok.

“RUU itu perlu diluluskan kerana ia penting bagi mengawal wabak penyalahgunaan tembakau,” kata Lee.

Tambah beliau, adalah suatu yang tidak masuk akal untuk seorang menteri fokus melindungi hak perokok berbanding kesihatan awam khasnya generasi muda daripada ketagihan nikotin.

RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk cape kepada individu lahir selepas 2007.

Selepas kenyataan Tiong, Khairy mempersoalkan kecekapan Menteri MOTAC itu.

Lee berkata, setiap Kabinet mempunyai menteri tidak cekap dan ketika Khairy menjadi menteri kesihatan, ada kalangan anggota Kabinet ketika itu tidak menyokong cadangan undang-undang tembakau terbabit. – FMT – SM

BACA “Kau pergi mampus,” – Lafaz Noh Hujan dengan rokok di bibir dalam KLFW2022

BACA KKM sedia bentang kawalan produk merokok

(Visited 29 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button