Media massa

Akses Facebook di Malaysia kini dengan ‘layout’ baharu

FACEBOOK kini memberi kesegaran kepada lebih 25 juta pengguna di Malaysia dengan rekaan baharu pada keseluruhan rekaan laman media sosial itu.

Rekaan terbaharu itu dikatakan sebagai langkah drastik daripada Facebook yang memberi fokus kepada kumpulan privasi (private group), acara (events)pages  dan Messenger.

Ini bermakna, mereka lari dari konsep perkongsian gambar serta permainan kuiz yang kerap kali dimuatnaik dalam garisan masa (timeline).

Timeline Facebook kini juga lebih berfokus kepada aktiviti playback video dan gambar. Ini kerana ia merupakan ciri yang banyak digunakan dalam media sosial oleh pengguna yang mahu meraih pendapatan melalui pengiklanan.

Perubahan Facebook bukanlah bermula bulan ini, tetapi ia sudahpun dilancarkan sejak Mei lalu dan Malaysia adalah antara kawasan yang mula mengalaminya pada September.

Rekaan paparan baharu Facebook ini dilapor dilakukan kerana permintaan ramai terhadap privasi.

Justeru, paparan  pada timeline pengguna nanti hanyalah berfokus kepada perkara penting yang mahu dilihat pengguna.

Malah, rekaan layout terbaharu ini juga bersifat mudah dilihat, digunakan dan lebih pantas.

Layout  itu juga kelihatan ringkas apabila lebih banyak white space dengan tulisan lebih besar dan mempunyai lima soft button pada bahagian atas sebagai jalan pintas.

Lima soft button itu merupakan antara fokus Facebook yang dikatakan sebagai keutamaan kepada privasi pengguna.

Ia adalah, home button, pages, tontonan video, e-marketplace dan private group.

Bagi pengguna platform Android dan iOS pula, terdapat pelbagai ciri baharu diperkenalkan menerusi aplikasi Facebook antaranya adalah dark mode.

Ciri tersebut dikatakan bakal memberi keselesaan kepada pengguna untuk melayari Facebook masing-masing ketika berada dalam gelap dan sesuai untuk mereka yang mudah berasa silau.

Lebih menarik, ciri tersebut juga disifatkan sebagai salah satu kaedah Facebook mahu menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar pengguna. – SM

 

 

 

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button