Belang Bertempat

Semua salah UMNO, Najib Razak macam tak pernah berjasa pada rakyat!

AHLI UMNO perlu sedar betapa liciknya pemimpin Parti Bunger terutama katak-katak politik dari UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)  yang sedang meracun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Amat menakutkan.

Muhyiddin kini seperti disampuk oleh katak-katak politik dari kem Azmin Ali dan Hamzah Zainudin sehingga boleh buat apa saja. Mereka umpama ‘raja’. Malah matlamat mereka mahu membunuh UMNO dan pemimpinnya.

Tindakan mereka untuk menjadi Menteri dan Timbalan Menteri sudah tercapai dan kini mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan PM.

PN

Lihatlah bagaimana 10 orang geng kem Azmin yang keluar PKR dan menyokong Muhyiddin, kini semuanya jadi Menteri, Timbalan Menteri dan ada jawatan.

  1. Azmin Ali – Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa & Industri
  2. Zuraidah – Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan
  3. Saifuddin – Menteri Komunikasi & Multimedia
  4. Kamaruddin Jaafar – Tim. Menteri Luar
  5. Mansor Othman – Tim. Menteri Pengajian Tinggi
  6. Dr. Santhara – Tim. Menteri Wilayah
  7. Ali Biju – Tim. Menteri Tenaga & Sumber Asli
  8. Willie Mongin – Tim. Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi II
  9. Jonathan Yasin – Tim. Menteri KDN
  10. Rashid Hasnon – Timbalan Speaker

Hamzah pula menjadi Menteri Dalam Negeri (KDN) dan SUA Parti Bunger dan SUA Perikatan Nasional (PN). Hamzah semakin naik tocang dan memberi pelbagai arahan kepada ‘budak-budak’ Muhyiddin untuk membuli UMNO dan akhirnya menghapuskan parti itu. Nak guna agensi mana? Pilihlah saja.

Apakah masih nak kata UMNO gila kuasa dan tamak jawatan? Apakah UMNO tak fikir pasal kepentingan rakyat? Apakah UMNO boleh bersabar?

Banyak lagi tindakan diambil oleh pemimpin Parti Bunger setelah mereka dapat menerajui kerajaan pada Mac lalu. PM dapat kat Bersatu. Kerusi UMNO bagi kat Bersatu pada PRN Sabah 26 September lalu.

Ketua Menteri Sabah pula dapat kat Bersatu, Hajiji Noor, bekas katak  politik yang lompat dari UMNO. Perak pula dapat kat Bersatu walau hanya empat kerusi tetapi alasan diberikan kerana DYMM Sultan yang tak nak orang UMNO. Apatah lagi mainan dan tindakan Si Nuar. Bukan Bang Non.

UMNO banyak mengalah dan bertolak-ansur dengan Bersatu demi kepentingan rakyat. Lepas tu tuduh UMNO yang tamak kuasa.

Selain itu, Ketua Armada Bersatu kini memang singkat akal. Macam-macam tuduhan kepada parti lain dan bertambah bongkak kata PN diterima rakyat.

Kini penyakit Bersatu sudah merebak ke Pas. Pas? Ya Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam. Semua Pas buat, boleh belaka. PAS pasang dua kolam boleh. PAS menduakan UMNO boleh

Pas, Muafakat Nasional (MN) dia nak. Perikatan Nasional (PN) pun dia nak. Alasan demi ummah. Janganlah jadi Amanah. Jadi balaci DAP sampai bernanah. Kerana Parti Amanah, roh Melayu dan Islam semakin punah.

UMNO dipaksa menerima musuh. Pas tetap berseteru dengan musuh, tak jadi isu. Kenapa tidak ajak Anwar dan Mat Sabu sekali join MN atau PN? Mereka bukan orang Islam ke? Lepas tu tuduh UMNO yang tamak!

Jika Anwar ditolak atas alasan dia bekas banduan yang disabitkan dengan kes moral rosak…maka  Azmin Ali yg pernah terpalit dengan dakwaan semburit dianggap suci ka? Oh Sandakan. Kesian hotel itu pun kini sudah ditutup.

Semuanya salah UMNO. Bersatu dan Pas suci murni, mereka tak gila kuasa, mereka tak gila kerusi, merera tak gila jawatan, mereka tak gila berpolitik. Perkataan gila semua dapat kat UMNO..

Pengertian tarik sokongan disamakan dengan memberi sokongan maka UMNO salah juga sebab tarik sokongan pada seseorang. Parti lain bebas melakukan apa saja, tak jatuh salahpun.

Apabila UMNO buat perkara yang sama, dianggap salah dituduh macam-macam yang mengaibkan dan mencalarkan imej UMNO.

Apakah UMNO tidak pernah berjasa langsung pada rakyat dan negara ini?

Dana yang diguna pakai oleh Abahmu sekarang untuk membantu rakyat dalam serangan pandemik Covid-19 adalah peninggalan UMNO. Nak nafikan ke? Nak berbangga ke?

Jadi Abahmu juga dapat kredit kononnya PM terbaik, PM berkebajikan? Jadinya, lupa semua jasa UMNO, lupa jasa dan peninggalan Najib Razak?

Najib tandatangan SD sokong Muhyiddin tetapi Abah kenakan Najib. Konon Rule of Law. Sebenar ‘rule of ular sawa’. – SM

(Visited 727 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button