Politik

Dr. Maszlee jamu Tun Mahathir dengan laksa Johor

BEKAS Menteri Pendidikan Dr. Maszlee meraikan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah dengan makan malam yang bermenukan laksa Johor.

Dalam hantaran di tweeternya, Dr. Maszlee berkata, bekas Perdana Menteri itu memang meminati laksa Johor.

Oleh itu katanya, beliau dan keluarga menghidangkan menu tersebut kepada Dr.  Mahathir dan Dr. Siti Hasmah yang sudi berkunjung ke rumahnya.

“Tun (Dr. Mahathir) pernah sebut pada saya yang beliau suka laksa Johor. Jadi, kami sekeluarga jemput Tun datang ke rumah semalam.

“Jamu Tun dan Tun Siti dengan Laksa Johor, Nasi Lemak Pandan dan tapai kegemaran mereka bersama-sama mak dan ibu mertua sekali. Makan malam dan berbual tentang keluarga,” tulisnya di tweetr.


Dr. Maszlee yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam kekal dengan Dr. Mahathir selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpecah kepada dua kumpulan.

Beliau antara pemimpin dalam parti itu yang tersingkir daripada parti itu yang kini telah membentuk kerajaan selepas bergabung dengan Pas dan UMNO.

 

(Visited 133 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button