Politik

Dr. Mahathir tawar dirinya ketuai MAGERAN

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan dirinya untuk mengetuai sebuah badan seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dalam menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara, kesan penularan pandemik COVID-19.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mencadangkan penubuhan badan seperti MAGERAN ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

“Kami tidak sebut siapa akan mengetui, tapi sebab saya ada di situ, saya tawarkan perkhidmatan saya. Tapi kalau Mageran hanya boleh dibentuk berdasarkan cadangan Kerajaan, saya ragu Kerajaan akan mencadangkan Mageran, sudah tentu bukan bersama saya,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya siapakah yang layak untuk mengetuai badan seperti Mageran sekiranya ditubuhkan.

Sementara itu Dr. Mahahtir memaklumkan beliau mencadangkan penubuhan itu kepada Al-Sultan ABdullah bersandarkan kejayaan penubuhan Mageran pada 1969 yang diketuai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Mageran ditubuhkan ketika itu bagi menyelesaikan masalah politik yang dihadapi dan bagi memastikan negara kekal stabil untuk tempoh panjang.

Selain itu, katanya, badan seperti Mageran lebih mampu memastikan jumlah jangkitan dan kematian ketika ini berkurangan kerana ia bukan saja dibarisi ahli politik, malah teknokrat seperti pakar epidemiologi dan seumpamanya.

“Saya bangkitkan kemungkinan mewujudkan badan khusus seperti Mageran pada 1969. Saya cadangkan kerana kita dapati Mageran yang ditubuh dulu, diketuai Tun Abdul Razak berjaya tangani masalah politik ketika itu.

“Ia diselesaikan dengan Tun Abdul Razak menjemput parti lawan menyertai kerajaan, beliau dapat tarik PAS, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) untuk bekerjasama dengan kerajaan.

“Tun Abdul Razak juga cadangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Melalui cadangan ini, beliau berjaya menstabilkan politik dalam negara dan memerintah dengan majoriti lebih kuat,” katanya.-SM

 

 

 

 

(Visited 740 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button