Politik

Dr. Mahathir PM sementara sebelum PRU15?

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) telah mencalonkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara menunggu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara itu dibangkitkan oleh Setiausaha Politik Dr. Mahathir, Abu Bakar Yahya dalam hantaran di Facebooknya.

Katanya, itu sahaja cara yang ada jika mahu negara diselamatkan.

Abu Bakar berkata, jawatan kuasa penaja Pejuang yang bermesyuarat memutuskan sebulat suara Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Perdana Menteri yang ada sementara menunggu pilihan raya umum yang ke-15 jika negara mahu diselamatkan,” katanya.

Parti Pejuang kni masih menunggu pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ketika ini kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Mentei dikatakan tergugat ekoran ancaman penarikan diri oleh UMNO.

Pada masa yang sama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau mempunyai sokongan yang mencukupi daripada ahli Dewan Rakyat untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Malah Anwar telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi membentangkan angka yang dimilikinya itu.

Ia digemparkan lagi dengan surat daripada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 25 September lalu supaya usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang yang dijadualkan bermula pada 2 November ini.
Selain Tengku Razaleigh, lima Ahli Parlimen Pejuang termasuk D. Mahathir telah mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin sebelum ini. – SM
(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button