Nasional

UPSI, Pengusaha kafe setuju laksana tiga inisiatif kawalan harga makanan di kampus

Tanjung Malim- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertindak proaktif untuk mendepani cabaran kenaikan harga barang yang membabitkan mahasiswa universiti berkenaan.

Pegawai kanan UPSI dan pengusaha yang menghadiri mesyuarat khas membincangkan langkah membantu kebajikan mahasiswa di Pusat Pelajar, Kampus Sultan Azlan Shah pagi tadi

Dalam mesyauarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Maskana Ahmad di Pusat Pelajar, Kampus Sultan Azlan Shah hari ini membabitkan pegawai BHEP dan pengusaha kafetaria di kolej-kolej kediaman.

Prof Madya Dr Norkhalid Salimin

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr.Norkhalid Salimin menyifatkan usaha murni yang dilaksanakan secara bersama antara BHEP dan pengusaha kafeteria tersebut dapat memelihara kebajikan pelajar terutama dalam situasi ekonomi semasa yang menyaksikan harga makanan meningkat naik.

“Hasil perbincangan kami mengadakan kerjasama dengan pengusaha kafeteria di universiti untuk menyediakan Menu Keluarga Malaysia secepat mungkin sebagai usaha memastikan harga makanan yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan semua peringkat kelompok pelajar.

Selain UPSI akan mewujdukan “Food Barakah Campaign” iaitu menyediakan tabung khas di setiap kafe untuk pembeli menyumbangkan baki bayaran untuk membantu menampung dana kebajikan.

Beliau berkata UPSI bercadang menandakan kempen “ Tapau Kit” mahasiswa membawa bekas sendiri untuk membeli makanan dan pengusaha kafe bersetuju memotong harga makanan yang dibeli.

Norkhalid berkata 80 peratus daripada pelajar UPSI adalah terdiri daripada keluarga B40 .

“langkah ini juga sebagai persediaan awal pihak UPSI dalam menerima semula kemasukan keseluruhan pelajar UPSI mulai Ogos bagi pelajar Diploma dan Oktober bagi pelajar Sarjana Muda dan pasca siswazah.

Maskana bersama Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Prof Madya Dr Mohd Izwan Shahril (kanan) membuat tinjauan di kafetaria kolej kediaman.

Timbalan Pendaftar Kanan BHEP, Puan Hajah Maskana Ahmad memaklumkan bahawa program yang dicadangkan hasil mesyuarat bersama pengusaha kafetaria itu akan memanfaatkan hampir 27,000 orang pelajar UPSI mulai sidang akan datang.

Beliau berkata usaha murni yang dilaksanakan di UPSI ini juga selari dengan amanat Menteri Pengajian Tinggi 2022 bagi strategi ketujuh, “Menyemarak Semangat #KPTPRIHATIN”.

(Visited 387 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button