Nasional

Sentuhan kasih KPKT bantu tingkatkan kesejahteraan penduduk Sungai Siput

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah mengadakan satu lawatan kerja sempena  program Sentuhan Kasih KPKT ke Sungai Siput, Perak.

YB KM telah turun padang melawat Projek Bantuan Baik Pulih Rumah Kampung Baru Rimba Panjang dan Tapak Projek Bina Baharu Rumah Kampung Baru Simpang Jalong.

Beliau turut  meninjau pelaksanaan projek menaik taraf dan membaik pulih kemudahan awam serta infrastruktur di perkarangan gelanggang badminton dan Pasar Awam Sungai Buloh.

Dalam majlis sama, beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM11.03 juta melibatkan projek-projek yang akan dilaksanakan seperti berikut;

  1. 58 buah projek baik pulih rumah di kampung-kampung dalam daerah Sg Siput (Bahagian Kampung Baru Cina) sebanyak RM840,219.00;
  2. Dua (2) projek bina baru rumah (SPNB) sebanyak RM132,000.00;
  3. 23 projek pembangunan di Kampung-kampung Baru seluruh daerah Sg Siput (Bahagian Kampung Baru Cina) sebanyak RM3.26 juta ;
  4. 16 projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh MPKK sebanyak RM3.92 juta;
  5. Tujuh (7) projek menyelengara kolam tadahan (MPKK) sebanyak RM1.65 juta;
  6. Penyelenggaraan lampu LED kepada MPKK sebanyak RM1 juta; dan
  7. Peruntukan Inisiatif Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) sebanyak RM237,000 kepada  Kuil Hindu Sri Subramanyar Alaya Devasthana Paribalana Saba Sungai Siput (U).

Beliau berkata: “Kerajaan Persekutuan yakin ‘sentuhan kasih KPKT’ yang telah diberikan adalah berdasarkan keperluan menerusi inisiatif KPKT dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Sungai Siput terus terpelihara.

“Keseluruhan peruntukan ini merupakan “performance-based budget” atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus
dipertingkatkan.”

Tambah beliau, “Pembinaan Rumah MADANI Rakyat di bawah Program Bina Baharu Rumah Kampung Baru pula adalah menggunakan peruntukan KPKT sepenuhnya di mana Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana.

“Dengan harga mampu milik iaitu RM70 ribu seunit, Rumah MADANI Rakyat ini dibina dengan keluasan 660 kaki persegi merangkumi 3 bilik tidur dan 2 bilik air dalam untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga luar bandar. Sebanyak 22 unit Rumah Bina Baharu Kampung Baru akan dibina di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor,” katanya.

KPKT akan terus memfokuskan kepada pelbagai usaha dan inisiatif yang dilaksanakan secara
bersepadu dan inklusif bagi merealisasikan perancangan pembangunan yang mampan demi
meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat. – SM

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button