fbpx


Politik

Dr Mahathir mahu Bersatu Kedah kukuhkan parti – Mukhriz

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah memperkukuhkan kedudukan sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Bersatu Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata ia merupakan antara pesanan utama Pengerusi Bersatu itu semasa mengadakan perjumpaan tertutup bersama kepimpinan parti berkenaan di Kepala Batas dekat sini, hari ini.

“Kedah ini unik berbanding negeri lain, negeri Pakatan Harapan yang diterajui Bersatu, kita dalam keadaan masyarakat Melayu Islam adalah majoriti besar dan kita bersaing dengan dua parti Melayu lain.

“Jadi kita nak lihat macam mana nak perkukuhkan PH supaya bersiap sedia untuk PRU-15 akan datang,” katanya kepada pemberita selepas selesai perjumpaan tertutup itu di sebuah hotel di Kepala Batas, dekat sini hari ini.

Beliau berkata pada perjumpaan itu juga, perkara khusus mengenai pemilihan parti akan datang turut dibincangkan.


Terdahulu, satu pertemuan tertutup turut diadakan bersama kepimpinan Pakatan Harapan negeri Kedah di kediaman beliau di Titi Gajah dekat sini.

Perdana Menteri dalam lawatan kerja tiga hari ke Kedah turut dijadualkan menghadiri Program Mesra Rakyat Dewan Undangan Negeri Anak Bukit di Kuala Kedah malam ini. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button