Nasionalpilihan

Kes samun berkawan tanpa senjata api meningkat 113.3 peratus di Melaka

Kes samun berkawan tanpa senjata api di negeri ini meningkat sebanyak 113.3 peratus berbanding tempoh yang sama dari Januari sehingga 31 Oktober.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, peningkatan kes tersebut yang dilaporkan sebanyak 34 kes daripada 30 kes pada tahun lalu berbanding 64 kes setakat ini.

Menurutnya, selain itu kes jenayah yang turut meningkat ialah rogol sebanyak 62 kes (19.2 peratus), pecah rumah 343 kes (2.7 peratus), curi motosikal 203 kes (8 peratus) dan curi kereta 45 kes (95.7 peratus).

“Jenayah indeks di negeri ini meningkat sikit jika hendak dibandingkan dengan yang sama dari Januari hingga Oktober berbanding tahun lalu dengan kenaikan sebanyak 2.44 peratus.

“Keseluruhannya bagi tempoh yang sama tahun lalu sebanyak 1,149 kes jenayah dilaporkan pada tahun lalu berbanding 1,177 kes setakat ini iaitu meningkat
sebanyak 28 kes,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Cegah Jenayah dan Walkabout Sempena Perayaan Deepavali 2023 di Kampung Chetti di sini
malam tadi.

Mengulas lanjut Zainol berkata, bagi penyelesaian kes berjaya diselesaikan setakat ini adalah sebanyak 1,177 kes manakala 812 kes pula masih dalam siasatan polis.

Dalam pada itu beliau turut menyarankan orang ramai di negeri ini mengisi Borang Maklumat Balik Kampung sebagai langkah pencegahan jenayah terutama kes pecah rumah sepanjang perayaan Deepavali Sabtu ini.

Katanya, melalui maklumat yang diisi itu membolehkan anggota polis melakukan rondaan di rumah yang ditinggalkan bagi memastikan tidak berlaku kejadian pecah
rumah.

Menurutnya, orang ramai boleh mengambil borang maklumat balik kampung itu di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis di seluruh negeri ini atau
mengisi borang menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Setakat ini Polis Melaka telah menerima sebanyak 39 borang maklumbalas pergerakan balik kampung daripada orang ramai juga menerusi aplikasi VSP,” ujarnya.

Kata Zainol, sejak inisiatif itu diperkenalkan pada 2021 polis telah menerima sebanyak 108 borang maklum balas dari orang ramai dan jumlah itu meningkat kepada 135 pada tahun lalu.

Katanya, sejak inisiatif itu diperkenalkan pada 2021 polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes pecah rumah melibatkan rumah kediaman atau premis. – SM

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button