Politik

Dr. Mahathir dedah kelemahan dasar ketika PM-4

BERCAKAP mengenai jurang kekayaan dan pembahagian ekonomi secara adil, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat mendedahkan kelemahanya.

Perkara itu dinyatakan beliau ketika ditemubual portal Asia Times semalam apabila menyentuh soal kegagalan ketika mentadbir negara ketika menjadi Perdana Menteri ke-4.

Katanya, kesan pengagihan ekonomi juga dapat dilihat menerusi kependudukan masyarakat tertentu di kampung dan di bandar.

“Ini tidak sihat. Kita temui hal ini di Malaysia, jurang antara bandar dan negara, dibesarkan lagi dengan jurang antara orang Cina di bandar dan orang Melayu di kampung.

“Kita perlu betulkan hal itu.”

Kata Dr. Mahathir lapor portal Malaysiakini yang memetik kenyataan daripada temubual Asia Times itu.

BACA > Tekun nafi dakwaan tidak sediakan pinjaman tanpa faedah sehingga RM10,000 — Suara Merdeka

Bagaimanapun, kenyataan tersebut dikecam wakil rakyat daripada PKR dan DAP kerana menyentuh isu perkauman.

Menurut mereka, kenyataan Dr. Mahathir itu adalah naratif lama mengenai tanggapan bahawa masyarakat Cina adalah golongan kaya di negar ini.

“Menjadikan isu ini sebagai perkauman adalah naratif lama.

“Ia tidak membantu menyelesaikan masalah jurang ekonomi antara golonga kaya dan miskin.

“Dasar lama yang membentuk negara selama 60 tahun, termasuk 22 tahun pentadbiran Mahathir, jelas gagal untuk mengatasi jurang ekonomi secara efektif.

“Orang kaya semakin kaya, orang miskin kekal miskin.”

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu daripada PKR Lee Chean Chung berkata demikian dan berpandangan isu berkenaan perlu dilihat secara objektif dan berfakta.

Sementara itu, ADUN, Sungai Pelek daripada DAP mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Dr. Mahathir bertujuan meraih sokongan orang Melayu.

“Tun Mahathir buat masalah lagi. Beliau kini guna taktik lama untuk tarik sokongan Melayu.

“Ini bukan kali pertama Tun M berkata orang Cina kaya, seolah-olah ia satu jenayah.

BACA > 1,000 kiosk untuk usahawan muda di Kuala Lumpur, Putrajaya — Suara Merdeka

“Tindakan mendakwa orang Cina ‘memiliki semua bandar di Malaysia’ pasti akan membangkitkan sentimen di kalangan orang Melayu.

“Siapa yang anda mahu perbodohkan, Mahathir?

“Atau anda masih percaya bahawa orang Melayu senang terpedaya dan akan beri sokongan hanya kerana anda melaga-lagakan mereka dengan warga Malaysia lain?” soalnya.

Bagaimanapun, semakan Suara Merdeka dalam portal Asia Times, kenyataan yang menyentuh hal pembahagian kekayaan mengikut kaum itu sudahpun disunting keluar.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CCC) DAP, Datuk Teng Chang Khim, menganaggap Dr. Mahathir sebagai pengkhianat parti.

Malah, beliau juga mendakwa penyokong yang menyokong Ahli Parlimen Langkawi itu sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) juga pengkhianat.

BACA > Muhyiddin tidak mahu sentuh politik tumpu rakyat – Suara Merdeka

“Saya akan menganggap barang siapa yang masih mendakwa dirinya berpandangan besar, pragmatik dan menyokong Dr M menjadi PM PH++ sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti,” ciap Teng dalam Twitternya. – SM

(Visited 938 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button