PolitikUncategorized

PN minta RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula

Perikatan Nasional (PN) meminta Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan dibentang semula di Parlimen akan datang setelah mendapat perkenan baharu daripada Majlis Raja-Raja.
Ini ekoran dakwaan pembentangan RUU itu yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal, sekali gus menuntut ia segera dibentangkan semula.
Ia susulan penangguhan ‘mengejut’ sidang Dewan Rakyat Rabu lalu tanpa perbahasan dan undian bagi RUU berkenaan selepas ia dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan pada hakikatnya berdepan masalah lebih besar, iaitu ketidakcukupan sokongan sekiranya perbahasan diteruskan dan diikuti pengundian mengikut jadual.
(Visited 21 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button