NasionalNegeriPendidikan

UniMAP naib juara Karnival Varsiti IMT-GT di Indonesia

KONTINJEN Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul sebagai naib juara pada Karnival Varsiti IMT-GT Edisi Ke-22 di Universitas Syiah Kuala, Aceh, Indonesia.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumninya, Prof Ts. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, seramai 29 pelajar menyertai karnival ini dalam acara sukan, seminar dan juga kebudayaan.

Pasukan UniMAP yang berjaya mendapat pingat emas bagi acara seminar pada Karnival Varsiti IMT-GT Edisi Ke-22 di Universitas Syiah Kuala, Aceh, Indonesia.

Katanya, kontinjen UniMAP yang diketuai Pengarah Pusat Pembangunan & Perkhidmatan Pelajar (P3P) Prof. Madya. Ir. Dr. Mohd Arif Anuar Mohd Salleh ini berjaya memperoleh empat pingat emas di mana dua pada acara seminar dan masing-masing satu pada acara sukan tenis dan acara kebudayaan.

Ujar beliau, persiapan untuk menghantar peserta ke penganjuran ini telah bermula Mac lalu yang melibatkan jabatan-jabatan yang berkaitan seperti Pusat Pembangunan & Perkhidmatan Pelajar (P3P), Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) UniMAP dan Pusat Kebudayaan UniMAP.

Mohd Mustafa berkata, penglibatan pelajar dengan program bertaraf antarabangsa ini adalah inisiatif terbaik ke arah memupuk persefahaman kebudayaan antara masyarakat berlainan bangsa dan agama daripada pelbagai negara.

”Ia menjadi bukti bahawa semangat perpaduan dapat ditonjolkan melalui pelbagai aktiviti walaupun terdapat perbezaan dari segi budaya, agama dan latar belakang,” ujarnya dalam kenyataan di sini.

Kumpulan acara sukan tenis UniMAP bersama pingat emas yang dimenangi pada Karnival Varsiti IMT-GT Edisi Ke-22 di Universitas Syiah Kuala, Aceh, Indonesia.

Beliau menambah, melalui perbezaan itulah pelajar perlu menggunakan setiap ruang dan peluang untuk mencari titik persamaan, berkongsi idea seterusnya mengeratkan hubungan sesama negara melalui kerjasama yang dijalankan.

Di samping itu katanya, mengambil peluang untuk meningkatkan perkongsian idea dan persaingan sihat melalui kebudayaan dan sukan.

Karnival selama seminggu ini melibatkan penyertaan 12 universiti yang mewakili Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Terdahulu, ahli majlis Karnival Varsiti IMT-GT telah bersetuju memilih Malaysia bagi penganjuran edisi ke-23 tahun hadapan. – SM

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button