Nasionalpilihan

Polis siasat laporan enam pengamal media ceroboh PKRCB MAEPS

SEBANYAK 17 keterangan individu sudah diambil berhubung laporan enam pengamal media dari pelbagai agensi yang didakwa menceroboh Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRCB), MAEPS Serdang pada Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehawan Mohamed, 17 individu terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk doktor dan jururawat yang bertugas ketika kejadian bagi membantu siasatan.

“Polis juga akan mendapatkan pengesahan mengenai kehadiran media di dalam dewan berkenaan.

“Dewan itu telah diwartakan sebagai tempat Pusat Kuarantin dan Rawatan Penyakit Berjangkit (COVID-19) yang melarang orang luar memasuki kawasan itu tanpa kebenaran,” katanya.

Menurut Md Noor, dewan itu ketika ini menempatkan 496 pesakit wanita positif COVID-19.

Jelasnya, seorang daripada pengamal media terbabit dikatakan turut membuat rakaman secara langsung ketika berada di dalam dewan itu.

“Ketika ini, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan,” katanya.

Tambahnya, siasatan juga dijalankan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan membuat rakaman secara langsung di dalam kawasan yang dilarang sehingga memaparkan pesakit yang sedang menerima dirawat. – SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button