BeritaNasional

Jalur Gemilang: Peguam Negara perlu beri kebenaran untuk mendakwa

PEGUAM Negara, Tan Sri Tommy Thomas sepatutnya bertindak melakukan pendakwaan kepada pihak yang melakukan provokasi terhadap Jalur Gemilang.

Hal itu dinyatakan dalam Perkara 5 Prosiding Undang-Undang, Akta Hasutan 1948 yang menyebut bahawa pendakwaan terhadap kesalahan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Pendakwa Raya.

“Tiada seorang pun boleh didakwa kerana sesuatu kesalahan di bawah seksyen empat, tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya. Dalam persetujuan bertulis itu, Pendakwa Raya boleh menetapkan mana-mana mahkamah di Malaysia sebagai mahkamah perbicaraan.”

Perkara itu turut dijelaskan dalam buku Bendera Kita Jalur Gemilang yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri iaitu individu melakukan kesalahan menghina atau melakukan provokasi terhadap Jalur Gemilang dikira sebagai melakukan kesalahan jenayah.

“Mana-mana individu yang menghina atau melakukan provokasi melampau terhadap bendera Jalur Gemilang yang bertujuan mencemar nama baik atau menghasut juga boleh dikenakan tindakan menurut Kanun Keseksaan Akta Hasutan 1948,” jelasnya.

Sementara itu, dalam akta sama menerusi Perkara 4 Kesalahan menjelaskan pihak yang melakukan provokasi tersebut boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun.

Dalam pada itu, menurut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 menerusi Seksyen 3 menjelaskan, mana-mana orang yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM1,000

Menerusi AKta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 pula menjelaskan pihak yang melakukan kesalahan boleh dipenjara selama enam bulan atau denda RM500, RM1,000 bagi pertubuhan perbadanan atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, sekeping gambar menunjukkan bendera Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima tular dalam media sosial ketika lagu Negaraku berkumandang ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak Maba/Milo Ke – 28 semalam.

Bagaimanapun, Maba menerusi Facebooknya membuat permohonan maaf atas kesilapan tersebut dengan memberi alasan bahawa insiden itu adalah tidak disengajakan.

“Ketika majlis perasmian, pasukan siaran langsung kami tidak sengaja memaparkan bendera Malaysia yang salah pada kaca televisyen stadium.

“Kami minta maaf atas kesilapan itu dan bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan tersebut. Tolong maafkan kerana kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu sukan bola keranjang Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, permohonan maaf Maba ditolak oleh netizen yang mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pertubuhan itu dan individu mempamerkan bendera dengan bintang berbucu lima.

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button