Rencah Hidup

Dr. Amalina Timang Anak Kedua

PAKAR bedah terkenal kelahiran Malaysia, Dr. Amalina Che Bakri, sekali lagi menerima anugerah terindah dalam hidup apabila selamat melahirkan anak perempuan kedua di Hospital St. Thomas, London baru-baru ini.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik foto keluarga bersama suami tersayang, Alexander Charles, dan anak sulung mereka, Arabella Mia yang kini berusia tiga tahun.

Selamat Bersalin Anak Kedua, Dr. Amalina Umum Nama Indah – Aurora Sienna

“Dari tiga sekeluarga kini menjadi empat. Kenali cinta baru dalam hidup kami, Aurora Sienna. Arabella sangat teruja menjadi kakak. Alhamdulillah,” tulis Dr. Amalina dalam kapsyen yang penuh kasih sayang.

Nama anak kedua mereka, Aurora Sienna, mendapat perhatian ramai kerana keindahan maksud dan bunyinya yang lembut. Meskipun hanya sebahagian wajah si comel itu dipaparkan, ramai warganet dan rakan selebriti tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah, antaranya Puan Sri Tiara Jacquelina, Datuk Nicol David, dan rakan rapat beliau, Dr. Shaaira Nasir.

Perjalanan hidup Dr. Amalina sering menjadi inspirasi ramai, bukan hanya kerana kecemerlangannya dalam bidang perubatan, tetapi juga kerana keseimbangan yang ditonjolkan dalam kehidupan sebagai isteri, ibu dan wanita profesional.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2021 dalam majlis tertutup di London Central Mosque, manakala anak sulung mereka dilahirkan pada Oktober 2022 di hospital yang sama.

Semoga kehadiran Aurora Sienna menjadi penyeri baru dalam kehidupan keluarga kecil ini dan membesar dengan penuh kasih sayang dan kesihatan yang baik. Tahniah diucapkan buat Dr. Amalina dan keluarga!.

Artikle Berkaitan :>

Dr. Amalina dikecam selepas tegur petua minum air suam menteri kesihatan

Anak perempuan Dr Amalina beri nama puteri sulungnya, Arabella Mia!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button