NasionalNegeriPendidikan

Pelajar UniMAP 100% kembali ke kampus Mac

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) bersetuju untuk membenarkan seratus peratus kemasukan semula pelajar ke kampus mulai bulan depan, Mac.

Naib Canselornya, Prof Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, bagi membendung penularan pandemik Covid-19 maka pelajar diwajibkan melalui saringan dan langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan juga pihak Pusat Pengurusan Keselamatan Kesihatan & Persekitaran Pekerjaan (COSHE) UniMAP.

“Pihak universiti amat berterima kasih atas keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membenarkan pelajar pulang ke kampus dan pihak pengurusan akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan akan sentiasa dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelajar perlu patuh SOP KKM.

Dr. Zaliman berkata, pihaknya bersedia untuk memastikan langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh  KPT dipatuhi.

“Pelajar dan kakitangan yang tidak lengkap vaksinasi diberikan kebenaran memasuki kampus setelah Ujian RT-PCR tiga hari sebelum masuk ke kampus dan Ujian RTK-Ag seminggu sekali,” katanya.

Di samping itu katanya, pelajar antarabangsa yang lengkap divaksin dibenarkan masuk ke kampus dengan tempoh kuarantin yang ditetapkan iaitu tujuh hari bagi yang lengkap divaksin dan lima hari bagi yang lengkap divaksin dan telah menerima dos penggalak.

Tambah beliau, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) juga bakal dilaksanakan secara hibrid manakala pelajar yang perlu menggunakan kemudahan makmal atau aktiviti riadah dan sukan dinasihatkan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) seperti mengamalkan penjarakan fizikal.

“UniMAP menyambut baik kemasukan semula pelajar ke kampus walaupun perlu mematuhi SOP yang ketat kerana mahu memberi peluang kepada pelajar menyesuaikan diri dan mengikuti PdP dengan lebih selesa di dalam suasana kampus,” katanya. – SM

(Visited 587 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button