Nasional

Dr. Ali meninggal dunia bukan disebabkan keletihan

KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta agar kematian seorang pegawai perubatan, Dr. Ali Noor Hassan tidak dijadikan bahan spekulasi.

Dr. Noor Hisham berkata, Allhayarham telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember tahun lalu disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sessi rawatan.

“Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember 2020 disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sessi rawatan. B

“Bagi menghormati jenazah serta ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor, KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau.

“Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya.

Beberapa media dalam talian melaporkan Dr. Ali meninggal dunia akibat keletihan merawat pesakit Covid-19.

Berita tersebut berdasarkan hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB)nya.

Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

“Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor bin Hassan atas pemergian beliau.

“Allahyarham Dr. Ali Noor telah pulang ke pangkuan Ilahi lewat malam kelmarin (18 Januari 2021).

“Beliau merupakan seorang Pegawai Perubatan KKM yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat beliau,” kata Dr. Noor Hisham.

Beliau turut mengesahkan bahawa Allahyarham Dr Ali Noor adalah negatif Covid-19.-SM

 

 

 

 

(Visited 562 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button