Berita Auto

Dongfeng Cars Malaysia tingkat kemahiran pasukan untuk perkhidmatan EV bertaraf tinggi

Dongfeng Cars Malaysia melalui pengedar dan pengimport eksklusif Central Auto Distributors Bhd (CADB), terus memperkukuh kemampuan pasukan jualan dan servisnya dengan menganjurkan sesi latihan teknikal intensif. Langkah ini bertujuan memastikan kakitangan dan wakil pengedar yang dilantik memiliki pengetahuan mendalam dan kemahiran yang diperlukan untuk menyokong keperluan pelanggan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Sebagai pengedar eksklusif jenama Dongfeng di Malaysia, CADB yang merupakan anak syarikat Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) itu, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat automotif terkenal dari China untuk membawa masuk model EV seperti Dongfeng BOX. Dongfeng BOX merupakan kenderaan elektrik komersial yang direka untuk memenuhi keperluan logistik bandar, dengan jarak perjalanan sehingga 430 km menggunakan bateri berkapasiti tinggi. Model ini juga dilengkapi teknologi canggih seperti sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), ciri keselamatan terkini, dan kecekapan tenaga yang tinggi.

 

Latihan teknikal yang dijalankan memberi penekanan kepada pemahaman aspek teknikal, strategi penyelenggaraan, dan pengendalian ciri-ciri unik Dongfeng BOX. Dengan latihan ini, Dongfeng Cars Malaysia memastikan setiap kakitangan dan wakil pengedar yang dilantik bersedia memberikan khidmat yang cekap, profesional, dan memenuhi standard tinggi yang ditetapkan oleh industri EV.

 

Pengarah Operasi CADB, Dato’ SM Zulkifli Bin SM Amin, berkata, “Latihan teknikal ini merupakan komitmen kami dalam memperkukuh pasukan untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan terbaik. Kerjasama dengan Dongfeng juga menunjukkan komitmen CADB untuk membawa masuk teknologi terkini dan menyokong matlamat kerajaan dalam memperluas penggunaan EV di Malaysia.”

 

Sebagai pemain aktif dalam segmen EV, Dongfeng Cars Malaysia berperanan dalam memperkenalkan pilihan kenderaan elektrik yang mampu menyokong matlamat kerajaan untuk mempromosikan mobiliti hijau. Langkah ini selaras dengan usaha meningkatkan kesedaran tentang kenderaan mesra alam serta mewujudkan ekosistem EV yang mampan di Malaysia.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Dongfeng Cars Malaysia, sila layari laman web rasmi di www.cadb.com.my.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button