Nasional

Dong Zong minta ahli tidak datang persidangan esok

PERSEKUTUAN Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) meminta rakan sekutunya untuk tidak hadir persidangan berkaitan isu Jawi yang dijadualkan berlangsung esok.

Ini berikutan persatuan itu mendapat perintah mahkamah daripada pihak polis pada pukul 5.10pm pada hari ini untuk membatalkan persidangan tersebut.

Menurut Dong Pihak polis mendapatkan perintah mahkamah untuk pembatalan persidangan itu atas alasan menganggu ketenteraman.

“Maka pihak Dong Jiao Zong terpaksa membatalkan persidangan tersebut, meminta semua wakil dan pertubuhan yang terlibat membatalkan kehadiran untuk persidangan tersebut.

“Kami akan memberi maklum balas seterusnya selepas perbincangan dalaman sekian hari. Sekian terima kasih,” kata Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong.

Ketua Polis Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof  sebelum ini berkata, pihaknya telah memohon dan berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang hasrat Dong Zong daripada menganjurkan persidangan berkaitan isu pengajaran Jawi di sekolah vernakukar.

“Polis menyeru semua pihak agar menghormati undang-undang dan perintah mahkamah ini. Polis akan ambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang enggan mematuhinya,” kata Ketua Polis Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dalam kenyataan hari ini.

Perintah mahkamah itu diambil bagi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam, selepas menerima banyak laporan polis dari seluruh negara berhubung persidangan itu.

Dong Zong sebelum ini bertegas mahu menganjurkan persidangan berkenaan esok walaupun telah dinasihatkan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dong Zong mendakwa pengenalan tulisan Jawi didakwa bertentangan dengan keputusan Kabinet dan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP).

Kumpulan itu sebelum ini berkata, persidangan esok akan membincangkan pembelajaran Jawi di sekolah vernakular dan tujuannya untuk meyakinkan kerajaan agar membatalkan pengajarannya.

Ia juga  dibuka kepada wakil-wakil NGO Cina.-SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button