fbpx
Politik

Dong Jiao Zong menjengkelkan…

Komentar

Orang Melayu tidak harus apologetic atas nama perjuangan membela nasib bangsa dan agama atau semasa menegakkan yang hakiki.

Fakta memang terang lagi bersuluh – negara ini asalnya negara Melayu tetapi dikongsi pembangunan dan pentadbirannya dengan warga bukan Melayu.

Pendidikan nasional mesti terasas kepada beberapa prinsip antaranya hak asal-usul di Semenanjung, Sabah dan Sarawak; hak Raja-Raja, hak pribumi, bahasa dan budaya, di samping hak-hak sah kaum lain diterima.

Jika Dong Jiao Zong memekak, parti-parti Melayu dari Pakatan Harapan
(PH) sendiri selain UMNO-Pas mesti berani menempelak mereka.

Jika netizen atau warganet mendurhakai Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana raja, seret mereka untuk didakwa cepat dan segera. Jangan teragak-agak bila berdepan dengan pencabulan hak asasi kaum.


Politik Dong Jiao Zong adalah politik benci-membenci. Kata orang putih ‘the politics of hate’.

Amat menjengkelkan gesaan persatuan Dong Zong dan Jiao Zong ini yang menggunakan nama Dong Jiao Zong ke atas pertubuhan berdaftar Cina yang lain untuk bersama-sama menyuarakan bantahan terhadap penulisan Jawi di sekolah vernakular.

Mereka membakar hati dan menimbulkan kebencian terhadap orang Melayu dan Islam. Bukan kebaikan negara atau bangsa yang dijanjikan oleh mereka.

Yang menjadi asas kempen mereka ialah kepercayaan bahawa kebencian manusia dapat mengabui mata dan menimbul kemarahan sehingga tidak lagi dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk dan dengan itu memilih yang buruk.

Orang Melayu dan bumiputera perlu berhati-hati dengan kempen membenci ini. Kita harus tahu menanganinya. Kita harus tentukan kita tidak berjebak dengan ‘campaign of hate’ dan kelabu mata.

Perimbangan kuasa dalam apa yang dilabelkan oleh PH sebagai Malaysia Baharu perlu diterima oleh orang Melayu dan bumiputera serta kaum-kaum Malaysia yang lain.

Hidupan budaya berundang-undang mahir, berbicara juga mesti mahir dan menang.

– SUARA MERDEKA

Show More

Related Articles

Back to top button