Lifestyle

Dominasikan Rentak Anda di Coway Run 2025 – Tiket Bermula RM45!

COWAY, peneraju dalam penyelesaian gaya hidup sihat, dengan bangganya mengumumkan penganjuran semula acara larian tahunan yang dinanti-nantikan — Coway Run 2025, edisi ke-9 — yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2025 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Bertemakan “Dominasikan Rentak Anda”, acara ini membawa mesej tentang daya tahan dan semangat juang yang telah mendorong kemajuan Malaysia. Lebih daripada sekadar larian, Coway Run menjadi pentas bagi rakyat Malaysia mengekspresikan semangat patriotik, mencintai kesihatan diri, dan meraikan Merdeka dengan penuh gaya dan tenaga.

“Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, Coway Run 2025 menjadi simbol bahawa kemajuan bermula daripada setiap langkah yang kita ambil — dari sudut kesihatan, semangat individu dan juga sebagai satu negara,” ujar Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia.

Jualan Tiket Bermula 1 Mei 2025

Jualan tiket dibuka secara rasmi bermula 1 Mei 2025, dimulakan dengan promosi pelancaran selama 24 jam, menawarkan harga istimewa serendah RM45. Ia akan disusuli dengan fasa Jualan 72 Jam, Jualan Awal dan Jualan Umum yang berlangsung sehingga 31 Ogos 2025 atau sehingga tiket habis dijual.

Sebagai tambahan, 10 peserta bertuah yang membeli tiket antara 1 hingga 4 Mei 2025 berpeluang memenangi baucar eksklusif Brooks bernilai RM400 setiap satu!

Kategori Larian dan Hadiah Menarik

Pemenang bagi kategori 10km dan 21km akan membawa pulang hadiah wang tunai dan ganjaran bernilai keseluruhan RM20,000. Bagi kategori 5km dan Kanak-kanak, peserta akan berdepan lima halangan menarik yang diinspirasikan daripada produk unggulan Coway termasuk penulen air dan udara, penyaman udara, kerusi urut dan tilam.

Lebih Daripada Sekadar Larian

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Coway Run turut menampilkan suasana karnival dengan reruai interaktif, cabaran mencabar dan aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga. Lebih bermakna, Coway turut meneruskan komitmen sosialnya melalui Coway Happy Water Project, di mana RM10 daripada setiap tiket akan disumbangkan untuk menyediakan akses kepada air minuman bersih kepada komuniti kurang berkemampuan di seluruh negara.

Ayuh, Dominasikan Rentak Anda!

Jadikan Coway Run 2025 sebagai medan untuk anda melangkah lebih jauh — sama ada untuk menguji had diri, memberi inspirasi kepada orang tersayang atau menyumbang kepada masyarakat. Raikan Hari Merdeka dengan penuh makna, aktif dan penuh semangat!

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari:
www.cowayrun.com.my

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button