BeritaRencah Hidup

Doktor sayu hati lihat nasib wartawan Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang doktor perubatan yang kerap menjadi rujukan buat wartawan akhbar Utusan Malaysia menzahirkan rasa simpati terhadap nasib pengamal media itu.

Beliau, juga terkejut apabila disapa menerusi pesanan dalam aplikasi WhatsApp yang memperkenalan diri sebagai bekas wartawan dan juga penjual kereta.

Ikuti luahannya:

Saya tak tahu apalah nasib wartawan-wartawan Utusan Malaysia yang telah diberhentikan kerja. Ada yang saya pernah berurusan dengan mereka sebelum ni. Kasihan mereka. Dengan keadaan sekarang, bukan mudah untuk mencari sesuap nasi.

Seorang wartawan ni saya kenal sebab saya dah beberapa kali dijemput untuk mengulas isu-isu tentang perubatan dalam Utusan Malaysia.

Bila dia mesej saya, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dengan kengkawan semua tentang beliau sekarang dah menjadi jurujual kereta jenama Perodua. Saya tak mampu nak tolong lebih pun.

Punyalah jauh dari jadi wartawan, sekarang dah berubah angin ke menjual kereta, untuk meneruskan kehidupan.

Kalaulah ada antara kengkawan saya yang memang ada perancangan nak beli kereta jenis Perodua, silalah dapatkan Tuan Helmi ya. Dia baik dengan saya. Saya pasti dia boleh bagi servis terbaik untuk kalian.

Semoga Allah permudahkan urusan dia dalam menempuh ujian dan dugaan Allah SWT. In shaa Allah.

https://www.facebook.com/helmi.zainal.52 – SM

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button