NasionalNegeri

Masalah kesihatan: Bekas MB Kedah, Syed Razak meninggal dunia hari ini

BEKAS Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, 79, meninggal dunia akibat masalah kesihatan di kediaman keluarganya di Sungai Petani.

Beliau yang juga menteri besar kelapan dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11 pagi tadi di samping keluarga.

Pemangku Ketua UMNO Kuala Kedah, Zaki Zamani Abd Rashid mengesahkan perkara itu berkata, tahap kesihatan Syed Razak mula merosot sejak tiga hari lalu.

“Saya dimaklumkan ahli keluarga Allahyarham beliau meninggal dunia akibat masalah kesihatan,” katanya.

Syed Razak adalah bekas Adun Kubang Rotan yang kemudian menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid pada 1999 hingga 2005.

Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi akibat masalah kesihatan dan digantikan bekas Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid. – BH – SM

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button