NegeriRencah Hidup

Anakanda kedua Raja Muda Perlis terima ijazah RMIT di Melbourne

ANAKANDA kedua Raja Muda Perlis, Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menerima ijazah Sarjana Muda daripada Royal Melbourne Institute Of Technology (RMIT) University di Melbourne, Australia, pagi tadi.

Dalam kenyataan dikeluarkan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Sharifah Farah Adriana menerima ijazah Bachelor of Business (Management) pada majlis ‘Testamur Presentation’ khas yang diadakan di RMIT Building 20 Former Magistrates’ Court Russell / La Trobe Street yang disampaikan oleh Dekan School of Management universiti terkenal yang mempunyai 93,000 orang pelajar tersebut, Professor Alison Parkes.

Turut berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, anakanda puteri sulung Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan anakanda putera bongsu Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut Timbalan Naib Canselor (Pendidikan) merangkap Timbalan Presiden universiti, Profesor Sherman Young; Pengarah Strategik Dan Impak Bagi Asia, Layton Pike; dan Pendaftar Akademik, Connie Merlino.

Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Marzita Marzuki dan Konsul Muda Mohd Adham Yahaya turut sama hadir mengiringi Baginda sekeluarga.

Sharifah Farah Adriana telah melanjutkan pelajaran dalam bidang ‘Bachelor of Business (Management)’ di RMIT University Kampus Melbourne pada tahun 2018 sehingga menamatkan pelajaran pada 13 Julai 2021 namun ditangguh acara graduasi atas sebab kekangan wabak pandemik Covid-19.

Pada usia 21 tahun, puteri yang dilahirkan pada 4 Mac 2001 di Hospital Zollikerberg, Zurich, Switzerland ketika ayahandanya berkhidmat sebagai Pengurus Kawasan Malaysia Airlines bagi Switzerland, Austria Dan Eropah Tengah juga telahpun menamatkan pengajian di peringkat sarjana.

Sharifah Farah Adriana telah menamatkan “Master of International Business’ di Monash University Malaysia mulai 2021 sehingga penghujung 2022 dan istiadat konvokesyennya akan diadakan di Subang Jaya pada 18 Mac depan.

Sharifah Farah Adriana pernah mendapat pendidikan awal di The International School of Penang (Uplands), Pulau Pinang dari 2008-2011, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera, Kangar, Perlis dari 2011-2013, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, Kangar, Perlis dari 2014-2015.

Seterusnya meneruskan pendidikan di Prince of Wales Island International School (POWISS), Pulau Pinang dari 2015-2017, sebelum menyambung pengajian di peringkat Asasi Perniagaan di RMIT University Melbourne dari 2017-2018 sebelum memasuki RMIT di Melbourne pada 2018-2021.

Sharifah Farah Adriana yang berminat dalam sukan ini pernah mewakili sekolah dalam bola jaring, olahraga, bola keranjang serta bola sepak dan merupakan penyokong tegar Manchester United (MU) dan ketika menuntut di Australia telah mewakili kelab bola sepak Albert Park Women’s Soccer Club dalam liga setempat. – SM

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button