Politik

Ahmad Zahid ajak bergerak dalam satu pasukan

PELANTIKAN Tan Sri Muhyiddn Mohd. Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 secara rasmi hari ini turut menandakan bermulanya perjalanan panjang untuk negara.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ternyata gembira dengan pelantikan itu mahu agar Presiden Bersatu dan mereka yang berada dalam Muafakat Nasional bergerak sebagai sebuah pasukan.

“Tahniah Tan Sri. Terima kasih sahabat-sahabat yang bersedia memikul amanah dan tanggungjawab untuk membela rakyat dan membangunkan negara.

“Hari ini bermulanya perjalanan panjang perjuangan suci murni untuk negara. Ia bukanlah mudah tetapi marilah bersama bergerak sebagai satu pasukan,” kata Ahmad Zahid.

Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, pagi tadi.

Istiadat angkat sumpah berkenaan menamatkan kemelut politik yang melanda negara sejak 22 Februari lalu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selesai menzahirkan istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kelapan kepada Muhyiddin di Istana Negara.-SM

 

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button