Jenayah

Bapa sembur racun serangga ke arah bayi agar berhenti menangis

SEORANG pesawah berusia 39 tahun tergamak menyembur racun serangga ke arah bayinya yang baharu berusia dua bulan 20 hari supaya berhenti menangis.

Suspek yang merupakan bapa kandung mangsa turut menampar dan melambung bayi lelaki tersebut untuk menghentikan tangisan bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof mengesahkan kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu di Taman Pauh Indah, Arau, Perlis.

Menurut Nanda, pihaknya menerima laporan polis daripada doktor yang merawat bayi berkenaan pada pukul 11.30 pagi, Jumaat lalu.

Bayi tersebut kini berada dalam keadaan kurang aktif dan mengalami kebiruan pada bibirnya selain mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala dan leher.

Suspek ditahan reman mulai hari ini dan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah membenarkan tempoh penahanan reman dilanjutkan sehingga Khamis ini.-SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button