NasionalNegeriTravel

3 juta rakyat Malaysia melancong ke Thailand sehingga Oktober lalu

TIGA juta rakyat Malaysia melancong ke Thailand sehingga Oktober lalu kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi,

Ahmad Fahmi berkata, sekaligus dengan angka ini menunjukkan rakyat Malaysia adalah pelancong terbanyak ke negara Gajah Putih ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan Festival Mualaysia 2023 anjuran Vinspire Sdn Bhd di Central Hatyai, Hatyai semalam.

Bagaimanapun katanya, jumlah kemasukan rakyat Thai ke negara ini hanya 700,000 sahaja.o

“Kita jangka angka ini akan mampu mencecah sehingga sejuta lebih pada tahun depan kerana adanya Tahun Melawat Perlis 2024-2025 dan juga negeri lain,” katanya kepada media Malaysia sempena pelancaran Festival Malaysia 2023 anjuran Vinspire Sdn Bhd di Central Hatyai, Hatyai semalam.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan festival ini.

Berkenan berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Ahmad Fahmi berkata, sebenarnya banyak destinasi menarik di Malaysia yang boleh mejadi daya penarik kepada pelancong Thai untuk bercuti di sini.

“Cuma kesan dari Covid-19 masih menyebabkan kalangan rakyatnya masih teragak-agak untuk melancong ke Malaysia,” katanya.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi

Mohd Fahmi berkata, setakat tiada ada masalah besar yang menjadi punca rakyat Thai enggan bercuti di Malaysia.

Cuma katanya, isu bahasa masih menjadi halangan utama apabila rakyat Thai untuk melancong ke Malaysia.

Sehubungan itu katanya, khidmat jurubahasa bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris diperlukan bagi kemudahan melancong.

Katanya, beberapa perkara yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pelancong juga cuba diselesaikan dengan baik. – SM

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button