Ekonomi

DNEX lancar platform perdagangan, logistik digital SealNet

DAGANG NeXchange Bhd. (DNeX), yang hari ini telah melancarkan platform perdagangan dan logistik digitalnya yang dikenali sebagai SealNet yang menyediakan perkhidmatan logistik dan rentas sempadan setempat berasaskan awan sehenti dan perkhidmatan rentas sempadan, mengharapkan pertumbuhan pendapatan sekitar 300 peratus.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan ketika pelancaran SealNet secara maya hari ini, DNex berkata, SealNet menyasarkan penimport, pengeksport, pengeluar dan perniagaan berasaskan dagangan.

Katanya, SealNet membantu pelanggan melalui paltform yang mudah digunakan dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana sahaja pada masa sebenar.

Menurur DNex, SealNet meliputi prouk dan perkhidmatan yang mengurangkan pertindihan dalam pengumpulan data dan maklumat di sepanjang rantai bekalan.

Melalui SealNet, maklumat umum dikongsi dan diulang untuk memastikan kadar penggunaan semula data dan mengelakkan memasukkan semula data yang sama di sepanjang rantaian pembekalan itu,

 

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button