Rencah Hidup

DMAGIA anjur program bantu keperluan pendidikan, fasiliti sekolah tahfiz

PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia telah mengakibatkan bukan sahaja sistem ekonomi terkesan, tetapi juga melibatkan pendidikan.

Malah, pendidikan di sekolah-sekolah tahfiz di Selangor juga turut terkesan dan terganggu daripada berjalan dengan sempurna.

Justeru itu, syarikat pengeluar dan pemasar rangkaian produk makanan kesihatan Dmagia Sdn Bhd telah tampil untuk menghulurkan bantuan.

“Kita amat memahami kepentingan untuk memastikan keperluan pendidikan dan fasiliti sekolah-sekolah Tahfiz di Selangor untuk berjalan dengan sempurna.

“Justeru, beberapa Program Khidmat Masyarakat (CSR) akan dijalankan sepanjang tahun 2021
ini khususnya bersama pihak PITAS (Persatuan Institusi Tahfiz Anak Selangor),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, Dmagia juga tela mengambil langkah dengan melaksanakan Program Ramadhan dan Raya bersama Tahfiz Nurtareem di Tanjong Karang pada 7 April lalu.

Penganjuran itu adalah sebagai satu daripada untuk usaha membantu mengumpul dana bagi tujuan
menaik taraf fasiliti sekolah ini.

“Program ini juga adalah simbolik bagi memulakan kerjasama antara pihak Dmagia dan PITAS dalam membantu mereka mengumpul dana secara online bagi melancarkan segala perlaksanaan dan urusan sekolah-sekolah Tahfiz dibawah kelolaan PITAS mengikut keperluan tertentu.

“Antara fokus utama adalah menaik taraf pembangunan fasiliti Tahfiz di Selangor,” katanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Dmagia, boleh layari laman sesawang www.dmagia2u.com, atau di laman sosial rasmi Facebook dmagia_official & Instagram dmagia.official. -SM

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button