fbpx
Hiburan

Diva AA mengamuk tunggu makanan 1 jam

SELEBRITI Azwan Ali atau Diva AA hari ini mengamuk di Tiwtternya apabila makanan yang dipesan lambat sampai.

Menurut Diva AA melalui Twitternya dia telah masuk ke dalam dua buah restoran hari ini. Kedua-dua restoran itu membuatkan dia menunggu selama satu jam.

Menurut Diva AA dia masuk ke restoran pertama kerana banyak kedai-kedai makan yang lain tutup. Di restoran itu dia hilang sabar kerana perkhidmatan yang diterimanya lembap.

Menurut selebriti itu dia hilang sabar kerana terpaksa menunggu selama satu jam. Kesudahannya dia meninggalkan restoran itu dengan perasaan yang geram.

“Apa yang jadi, tadi Diva AA kat restoran [email protected]&%#% service punyalah lembap. Aku tahu la ramai customer, hari Ahad pula tu.


“Tapi disebabkan restoran lain tak buka sebab tu aku masuk [email protected]&%#%. Jaga sikit mulut &%n%@$ kau tu. So dekat sana satu jam habuk pun tak ada. So Diva AA ludah dan go to hell. Tinggalkan [email protected]&%#%,” cerita Diva AA.

Selepas itu Diva AA berkata, dia masuk pula ke dalam restoran kedua. Perkara yang sama terjadi di restoran pertama berlaku di restoran kedua. Dia terpaksa menunggu selama satu jam untuk makanannya sampai.

Itupun menurut Diva AA, makanan hanya sampai selepas dia mengamuk kerana menunggu terlalu lama.

“Masuk Mada$%#@$. The same thing happend kat Mada$%#@$. Tak pernah-pernah ya.

“Mungkin sebab ramai customer ke apa ke. Non of my bloody #$C&*&$ business. Bila order dah dekat sejam pun tak dapat-dapat. So Diva AA baru je mengamuk.

“My message to all restaurant kalau tak mampu coup-up dengan ramai customer. Tutup je lah. Ini baik [email protected]&%#%, baik Mada$ %#@$ sama &%$%[email protected]&. Mulalah aku puiiii,” luah Diva AA yang kesal dengan kejadian tersebut.

Ketika ini sememangnya banyak pelanggan terpaksa beratur di luar restoran terutama ketika waktu makan tengah hari kerana tempat yang terhad.

Ini berikutan langkah penjarakan sosial yang terpaksa diambil oleh pihak restoran berdasarkan prosedur operasi standard.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button