Nasional

Dadah RM2.1 juta dirampas di tebing Sungai Golok

DUA lelaki sanggup meninggalkan bungkusan dadah bernilai RM2.1 juta di tebing Sungai Golok, Kelantan selepas terlihat pihak polis.

Malah, pemerhatian polis selama 15 jam juga mendapati tiada siapa yang mengambil dadah tersebut selepas ditinggalkan sebelum diambil untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika pihaknya sedang melakukan rondaan.

“Sewaktu rondaan, kita telah terlibat dua lelaki beredar dengan tergesa-gesa dari tebing sebelum menaiki bot ke Takbai, Thailand.

“Pemeriksaan kemudian telah menemukan dua bungkusan mencurigakan yang berada di atas batu di tebing sungai berkenaan.

“Kita juga telah bertindak dengan membuat pemerhatian selama 15 di kawasan tersebut namun tiada siapa yang datang untuk mengambilnya,” katanya.

Menurut Abdullah Muhammad, pemeriksaan terhadap bungkusan tersebut mendapati terdapat dadah jenis syabu seberat 36 kilogram dan 8.4 kilogram heroin.

Jelasnya, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pembekal dan penerima dadah yang dirampas itu.

“Dadah yang dirampas ini dipercayai boleh dibekalkan kepada 222,000 penagih dan disyaki untuk diedarkan ke sekitar Pantai Barat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberithau yang rampasan dadah jenis heroin ini adalah yang pertama dan terbesar setakat tahun ini di Kelantan. -SM

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button