Nasional

Naib Canselor Unimap deklamasi puisi Jamung Merdeka

NAIB Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Prof. Dr. R. Badlishah mengambil peluang dalam majlis sayembara puisi sempena sambutan kemerdekaan negara.

Sayembara Deklamasi Puisi Pengurusan Tertinggi Unimap menampilkan kesemua ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dalam program patriotik tersebut.

Justeru, R. Badlishah memilih untuk medklamasikan sajak bertajuk Jamung Merdeka hasil nukilan Razali Mohd. Yussof dalam majlis bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ itu.

“Pertandingan tersebut merupakan medium yang tepat dalam mengetengahkan suara warga Unimap melalui pembacaan puisi dan gurindam mengenai erti kemerdekaan.

“Pada tahun ini, negara kita meraikan tahun kemerdekaan yang ke-63 yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’.

“Tema ini dipilih bertepatan dengan perpaduan dan satu hati semua rakyat Malaysia.

“Yang turut bersama-sama memerangi musuh di kala ini, iaitu wabak Covid-19.

“Sematkan dalam ingatan untuk kita mengukuhkan kembali asas-asas perpaduan, keharmornian dan kesejahteraan antara kita.

“Bagi memerangai ancaman musuh negara secara nyata ataupun tidak.”

Demikian ucapan R. Badlishah dalam majlis tersebut yang turut mengumumkan pemenang Sayembara Puisi ‘UniMAP Merdeka 63’ yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori pelajar dan kakitangan.

Majlis tersebut julung kali dianjurkan Unimap yang berlangsung di Aras 2, Auditorium Bangunan Canselori, Kampus Alam Unimap, Pauh Putra, semalam.

Turut mendeklamasikan puisi ialah Sasterawan Negara Datuk Prof. Dr. Zurinah Hassan yang juga merupakan Sasterawan Negara di Unimap.

Beliau yang menyampaikan puisi secara maya memilih puisi bertajuk Rumah Merdeka hasil karya beliau sendiri.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

Katanya, penghayatan terhadap kemerdekaan negara bukan sahaja dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang.

Bahkan mengimbas pengisian kemerdekaan dan menghargai kebebasan negara yang dibina selama ini.

“Justeru, saya ingin menyeru warga Unimap untuk bersatu hati mengeratkan perpaduan dan elakkan perpecahan.

“Marilah kita bersama-sama bangkit dengan hati yang ikhlas dan tekad yang diperbaharui.

“Memandang masa depan dengan jiwa yang gagah serta merdeka dalam satu solidariti,” katanya. – SM

(Visited 514 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button