Luar Negara

Disneyland California dijangka dibuka semula bulan depan

Disneyland di California, Amerika Syarikat (AS) mengumumkan rancangan untuk membuka semula taman tema itu secara bertahap mulai Julai, lapor agensi berita Xinhua.

Rancangan itu masih menunggu persetujuan pihak berkuasa negeri, Disneyland Park dan Disney California Adventure Park dijadual dibuka semula 17 Julai.

Selepas dibuka semula, jumlah pengunjung taman tema, hotel, restoran dan lokasi lain di Disneyland Resort mungkin terhad, kata Disney dalam satu kenyataan pada Rabu.

Taman tema terletak di Anaheim, California itu ditutup sejak pertengahan Mac berikutan penularan COVID-19.- BERNAMA

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button