Nasional

Bayaran i-Citra mulai 2 Ogos, i-Sinar diawalkan

Bayaran bagi i-Citra akan dibuat secara berperingkat mulai 2 Ogos depan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam satu kenyataan berkata, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan dilakukan dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja.

“Bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran,” katanya.

Sementara itu pembayaran i-Sinar bagi Ogos diawalkan kepada 26 dan 27 Julai ini.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, pengkreditan akan dibuat dalam tempoh satu hingga lima hari bekerja, bergantung kepada prosedur sesebuah bank.

“Bayaran i-Sinar bagi Ogos diawalkan kepada 26 dan 27 Julai 2021.

“Ahli KWSP turut disarankan untuk mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (ahli) dan menghubungi talian 03-89224848 bagi sebarang pertanyaan berkaitan dengan i-Sinar,” jelas KWSP dalam satu pengumuman di laman Facebooknya.– UTUSAN

(Visited 583 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button