Ekonomi

Apa pelan B kalau lockdown berterusan?

AHLI ekonomi melihat akan keperluan kerajaan untuk mempertimbangkan langkah selain penyediaan pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi bertahan.

Ramon Navaratnam, bekas timbalan setiausaha agung Perbendaharaan, memberitahu FMT, beliau tertanya-tanya berapa banyak lagi pakej rangsangan yang akan diperkenalkan sekiranya pandemik Covid-19 berpanjangan.

Beliau juga berkata, pemotongan gaji dan elaun menteri dan penjawat awam, meskipun penting, tidak cukup signifikan.

“Lebih banyak mesti dibuat,” tambahnya.

Pemerkasa Tambahan, diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pakej ketujuh sejak pandemik mula melanda negara.

Navaratnam memberi amaran, lanjutan penutupan sektor ekonomi bermaksud lebih banyak bantuan kewangan perlu ditawarkan yang kemudian akan memaksa kerajaan untuk meminjam lebih banyak atau mencari cara lain untuk meningkatkan pendapatan Persekutuan.

Kata beliau, perkara terbaik yang perlu dilakukan sekarang adalah mempercepat vaksinasi massa sehingga ekonomi dapat dibuka kembali secepat mungkin.

“Semakin cepat Covid-19 dikawal, semakin baik. Jika terlalu lama, kita tidak akan mampu bertahan dalam perang (melawan wabak) ini,” katanya.

Sementara itu, bekas dekan Institut Perbankan dan Kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ahamed Kameel Mydin Meera bagaimanapun berkata vaksinasi, walaupun akan membantu melawan jangkitan wabak, ia bukanlah penyelesaian utama kerana virus itu akan sentiasa bermutasi.

Beliau melihat Pemerkasa Tambahan sebagai wajar mendapat pujian tetapi yang pasti tidak cukup.

“Kerajaan perlu serius fikir untuk meningkatkan sektor ekonomi dan kewangan negara,” katanya.

Ini kerana tidak betul (sekiranya) sektor ini menempatkan dirinya sebagai sektor bebas risiko sambil diberi kepercayaan untuk menyediakan ekonomi sebenar, kata Kameel.

Beliau juga berkata, peningkatan pinjaman hanya akan memburukkan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Untuk membantu perniagaan kembali beroperasi dalam beberapa bulan akan datang, katanya, bank kerajaan perlu memberikan pelepasan hutang, pelepasan cukai dan pembiayaan modal kerja kepada industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS). – SM

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button