Hiburan

Dirgantara jadi lagu terakhir Alin Sidek, mahu fokus keluarga dan kerjaya

Selepas hits dengan lagu duet ‘Cinta Sejati’ yang meraih lebih 10 juta tontonan muzik dan lirik video di Youtube dan platform penstriman muzik seperti Spotify, Joox, Apple Music, Deezer, Amazon Music dan lain-lain, pasangan adik beradik, Aiman Sidek dan Alin Sidek tampil dengan single terbaru yang bertajuk ‘Dirgantara’ bersempena dengan sambutan Hari Tahun Baru, 1 Januari 2023 yang lalu.

‘Dirgantara’ diciptakan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Aiman Sidek yang mula menapak dalam industri dengan lagu yang pernah popular, Cinta Terakhir lebih sedekad lalu.

Diterbitkan oleh 4U Entertainment, buah tangan ‘Dirgantara’ ditunggu-tunggu oleh peminat ‘Cinta Sejati’ sebagai sebuah sekuel kepada penceritaan lagu duet yang telah menambat hati peminat muzik tanah air tersebut,
sarat dengan lirik yang mempunyai maksud-maksud yang tersirat.

Menurut Aiman, “Dirgantara merupakan kisah pasangan yang dilamun cinta namun dipisahkan jarak yang sentiasa menantikan saat untuk disatukan semula. Saya berharap bait kata dan melodi lagu yang didendangkan oleh saya dan adik ini akan dapat menemani hari-hari sang pencinta yang merindui pasangan mereka.”

“Lagu ini juga dirancang untuk dijadikan OST beberapa drama dan telefilem yang sedang berada dalam proses perbincangan untuk kerjasama,” tambahnya.

Walaubagaimanapun, penyanyi yang mula dikenali dengan penampilan sulung ‘Cinta Sejati’, Alin Sidek berkemungkinan menjadikan lagu ‘Dirgantara’ sebagai penutup karier nyanyiannya untuk memberikan tumpuan kepada keluarga dan kerjaya di sebuah syarikat perbankan.

Menurut Alin, “Saya bersyukur dengan penerimaan peminat dengan kedua-dua hasil karya abang saya ini, insyaAllah kami akan kembali lagi dengan keizinanNya. Buat masa ini, terimalah lagu ‘Dirgantara’
untuk peminat semua.”

Sejak dilancarkan, lirik video ‘Dirgantara’ telah berjaya meraih lebih 100,000 tontonan di Youtube di mana rata-rata pendengar memberikan maklumbalas positif terhadap lagu yang dikatakan mempunyai kata-kata puitis dengan melodi yang dekat di hati semua. Untuk mendengar dan menonton lirik video ‘Dirgantara’ :

‘Dirgantara’ di Youtube 4U Entertainment –

‘Dirgantara’ di Platform Digital – https://bfan.link/dirgantara-1

(Visited 1,081 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button