Nasional

Dipanggil ke Bukit Aman, Mujahid minta doa dipermudahkan

NAIB Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dipanggil ke Bukit Aman petang ini bagi memberikan keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5).

Bekas menteri di Jabatan Perdana Perdana Menteri itu memohon agar segala urusannya dipermudahkan.

“Insya-Allah petang ini saya akan ke Bukit Aman bagi di ambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5. Doakan semoga semuanya dipermudahkankan. Amin,” kata Mujahid di media sosialnya.

Sementara itu sebuah portal berita melaporkan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid turut mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun laporan tersebut tidak menjelaskan kenapa Mujahid dipanggil ke Bukit Aman.


D5 khusus dalam penyiasatan kes-kes berprofil tinggi termasuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.-SM

 

(Visited 45 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button