Nasional

Anwar jemput PM Thailand yang baharu Srettha Thavisin ke Malaysia

PERDANA Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.

Dalam perbualan telefon, Anwar menyatakan komitmen Malaysia untuk menjalin kerjasama dengan Thailand dalam pelbagai bidang.

“Saya telah menghubungi TYT Srettha Thavisin bagi menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu petang tadi.

“Saya juga menyatakan kesediaan Malaysia untuk memperkukuh hubungan dengan Thailand dalam pelbagai bidang.

“Saya turut mengundang beliau ke Malaysia dalam masa terdekat,” katanya di Facebook, hari ini.

Video perbualan telefon antara Anwar dengan Perdana Menteri Thailand yang baharu itu turut dimuatnaik di Facebooknya.

“Semoga hubungan Malaysia dan Thailand akan terus diperkukuh demi manfaat bersama,” tambah Anwar lagi. – SM

(Visited 29 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button