Nasional

UPE JPM tidak belanja RM2 bilion untuk siapkan RMK12

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE JPM) tidak pernah membelanjakan wang sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed membuat penafian terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini yang mendakwa sejumlah RM2 bilion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan rancangan lima tahun negara itu.

“Berikut adalah petikan ucapan Datuk Seri Anwar: “… kita boleh belanja bilion ringgit untuk konsultan. Saya difahamkan 5-6 tahun dulu, sudah belanja RM1.8 billion. Jadi saya nak tanya, lebih daripada RM2 billion ringgit telah diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku RMK12 ini.

“Untuk pengetahuan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE JPM) tidak pernah membelanjakan wang sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku RMK12 seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar,” kata Mustapa dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, pernacangan RMK12 telah dihasilkan sendiri oleh pegawai-pegawai UPM JPM tanpa melihatkan konsultan luar.

Kos yang digunakan dalam menyediakan RMK12 adalah kecil dan tidak mencapai perbelanjaan sehingga RM2 bilion.

Justeru beliau meminta Anwar supaya dapat memperbetulkan kenyataan yang telah dibuat dalam Dewan Rakyat hari ini.

“Perancangan pembangunan negara untuk lima tahun ini disediakan oleh pegawai-pegawai UPE JPM di bawah selian saya, hasil input daripada libat urus dengan pelbagai pihak.

“Penyediaan RMKe-12 melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media.

“Saya berharap Datuk Seri Anwar dapat memperbetulkan kenyataan beliau bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pegawai UPE JPM dan Kerajaan,” tegas Mustapa.-SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button