Rencah Hidup

Kronologi perjuangan Palestin menentang kezaliman Israel

ISU kezaliman Israel terhadap Palestin masih belum berakhir sehingga kini. Hampir saban hari ada sahaja berita kecederaan dan kematian yang dilaporkan melibatkan penduduk Palestin.

Sejak akhir Ramadan hingga memasuki bulan Syawal, belum terlihat lagi sinar keamanan yang ingin dikecapi penduduk Palestin.

Ketegangan sebenarnya berlaku sejak April lalu di mana Arab News melaporkan bahawa pasukan Israel telah merosakkan pembesar suara di Masjid Al-Aqsa.

Terdapat beberapa lagi konflik antara kedua-dua pihak yang berlaku dan akhirnya membawa kepada apa yang berlaku di sana sekarang.

Berikut adalah kronologi penuh konflik Israel dan Palestin yang kini menjadi tumpuan dunia.

1. Benih Konflik

Sejak April 2021, benih konflik telah disemai oleh pihak Israel. Salah satunya adalah memutuskan bekalan elektrik ke pembesar suara di menara Masjid Al-Aqsa.

Pengurus kawasan Masjid Al-Aqsa dari Jordan mengatakan Israel tidak mempunyai kuasa dalam hal itu, lapor Arab News.

Geseran sosial yang lain juga berlaku. Haaretz melaporkan bahawa ada pihak berkuasa Israel menutup Gerbang Damsyik yang merupakan lokasi popular pada bulan Ramadan.

Gerbang Damsyik juga ditutup tahun lalu kerana COVID-19. Perbincangan dimulakan dan akhirnya Gerbang Damsyik dibuka semula.

Pertikaian antara masyarakat awam juga berlaku. Pada 15 April, seorang lelaki Israel ditampar oleh pemuda Palestin di sebuah kereta. Video itu dikongsi di TikTok dan mencetuskan kritikan.

Pada 22 April, kumpulan kanan Yahudi mengadakan demonstrasi di Yerusalem. Pertembungan berlaku dengan polis, Arab Palestin dan kumpulan pesaing. Rusuhan berlanjutan hingga minggu depan, diduga sebagai pembalasan atas serangan yang tersebar di TikTok.

Pada 5 Mei, seorang remaja Palestin, Saeed Yusuf Muhammad Oudeh, ditembak oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) semasa pertempuran di Tebing Barat. Pemimpin tentera Hamas berjanji akan membalas jika Israel tidak menghentikan pencerobohan.

2. Ditembak dengan peluru getah di Masjid Al-Aqsa

Pada 7 Mei, pertempuran berlaku di Masjid Al-Aqsa antara jemaah Palestin dan polis Israel.

Berdasarkan laporan Deutsche Welle, Bulan Sabit Merah Palestin mengatakan banyak mangsa cedera di kepala dan mata akibat peluru getah. Terdapat juga mangsa yang cedera akibat bom tangan.

Gambar : Reuters/ Ammar Awad

Ketika pertempuran berlaku, jemaah melemparkan polis dengan kerusi, kasut dan batu. Polis kemudian bertindak balas dengan tembakan.

Arab News melaporkan bahawa lebih daripada 200 rakyat Palestin cedera akibat pertempuran tersebut. Lebih daripada 80 orang mesti mendapat rawatan di hospital.

Sebaliknya, hanya 17 mangsa yang cedera di pihak polis Israel.

3. Rakyat Palestin cuba diusir dari Sheikh Jarrah

Salah satu perkara yang menyumbang kepada konflik adalah perselisihan di Sheikh Jarrah. Beberapa keluarga Palestin telah diancam supaya keluar dari kawasan itu.

Menurut Arab News, kawasan Sheikh Jarrah telah menjadi tempat perselisihan selama bertahun-tahun. Rakyat Israel ingin tinggal di wilayah tersebut.

Gambar: AFP/ Ahmad Gharabli

Rusuhan kemudian berlaku melibatkan rakyat Palestin yang ingin mempertahankan rumah dan tanah mereka bersama dengan polis Israel

Pada 9 Mei, sebuah mahkamah Israel akhirnya memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan Sheikh Jarrah untuk meredakan konflik, lapor Haaretz.

4. Roket IDF mula bedil Palestin

Setelah rusuhan di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei 2021, konflik antara Hamas dan Israel akhirnya menemui jalan keluar.

Kedua-dua pihak mula menembak roket ke arah kawasan bertentangan. Israel menyatakan bahawa tindakan mereka adalah untuk memusnahkan Hamas.

Israel bergantung pada sistem pertahanan Iron Dome untuk menghalang roket Hamas. Strategi Israel bukan hanya bersifat defensif, tetapi juga menyerang.

Gambar: AFP/Anas Baba

IDF mendakwa roket mereka mensasarkan kemudahan utama Hamas, seperti bank dan stesen senjata.

Namun, kemusnahan yang dipaparkan di media sosial menunjukkan yang IDF lebih menumpukan sasaran ke kawasan kediaman penduduk Palestin.

Malah, bangunan setinggi lapan tingkat yang menempatkan pejabat media antarabangsa seperti  Associated Press (AP) dan Al Jazeera juga dibedil IDF. Israel mengatakan bahawa pejabat itu juga digunakan oleh Hamas.

5. Pemimpin Malaysia lantang kritik tindakan Israel

Respon dunia umumnya prihatin dengan keadaan di Gaza dan Yerusalem. Namun, tidak semua pemimpin mengkritik Israel.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengatakan Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri. Rumah Putih mengatakan matlamat utama AS adalah de-eskalasi dan perdamaian.

Malah, Amerika Syarikat juga menganggap bahawa Hamaz adalah organisasi pengganas.

Namun, negara Malaysia menerusi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tegas mengutuk tindakan yang dilakukan Israel terhadap Palestin.

Kenyataan sama juga dikongsi oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. -SM

(Visited 942 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button