Nasional

Kelonggaran kepada sektor perladangan, komoditi memanfaatkan B40 – FELCRA Bhd

Operasi aktiviti perladangan dan kilang akan diteruskan dengan mematuhi sepenuhnya garis panduan dan tatacara keselamatan dan pencegahan ketika negara berdepan penularan COVID-19, menurut FELCRA Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Nazrul Izam Mansor berkata FELCRA Berhad mewakili  kira-kira 110,000 peserta daripada golongan berpendapatan rendah (B40) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Kabinet  kerana memberi kelonggaran agar operasi ladang dan kilang kelapa sawit diteruskan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu ini.

“Para peserta amat bergantung harap kepada hasil pendapatan yang dijana oleh ladang-ladang mereka yang diuruskan oleh FELCRA Berhad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kementerian itu memberi kelonggaran kepada sektor perladangan dan komoditi untuk meneruskan aktiviti mereka selepas mendapat panduan umum Kabinet dan pengesahan daripada Majlis Keselamatan Negara.

Mohd Nazrul Izam berkata berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa 18 hingga 31 Mac  ini di seluruh negara, agensi itu turut menutup semua premis pejabat termasuk ibu pejabat, pejabat wilayah, pejabat kawasan dan kilang-kilang.

— BERNAMA

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button