JenayahNasionalNegeri

Polis terima dua lagi laporan doktor lakukan amang seksual terhadap pesakit kanak-kanak

POLIS mengesahkan menerima dua lagi laporan melibatkan seorang doktor hospital di Kemaman, Terengganu yang ditahan berhubung kes amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan bawah umur, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan, laporan dibuat mangsa berusia lapan dan sembilan tahun bersama penjaga masing-masing di IPD Kemaman.

“Kita terima lagi dua laporan daripada dua mangsa yang mendakwa dicabul pegawai perubatan terbabit ketika kanak-kanak perempuan itu menerima rawatan di hospital sama.

“Kedua-kedua mangsa mendakwa kejadian itu berlaku sejak awal Januari lalu dan kita sedang menyiasat sama ada kedua-dua kanak-kanak ini menjadi mangsa amang seksual secara fizikal sama seperti mangsa pertama yang membuat laporan pada minggu lalu,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dirujuk ke Pusat Siasatan Khas Polis Bahagian Siasatan Kanak-kanak D13 Kontinjen Terengganu untuk tindakan lanjut.

Media pada Jumaat lalu melaporkan, doktor berusia 30 tahun itu direman tujuh hari sehingga Khamis ini bagi membantu kes cabul terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang juga pesakitnya.

Kanak-kanak yang menghidap diabetes itu mendakwa pegawai perubatan terbabit membuka baju serta meraba dadanya, selain suspek turut merakam perbuatan tersebut menggunakan telefon bimbitnya ketika menerima rawatan di bilik rawatan wad hospital tersebut, Rabu lalu.

Pegawai perubatan itu kemudian ditahan Khamis lalu susulan laporan polis dibuat ibu bapa kanak-kanak berkenaan. – SM

(Visited 357 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button