Hiburan

Didakwa ke pejabat agama, apa cerita Syamsul Yusof dan Puteri Sarah?

BARU sahaja tampil dengan lagu Satu Kalimah, tiba-tiba pelakon dan penyanyi, Syamsul Yusof didakwa sedang berhadapan dengan kemelut rumah tangga.

Semuanya berikutan kelibat isterinya yang juga seorang pelakon, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, kelmarin.

Menurut Harian Metro, Puteri Sarah ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan dakwaan tersebut.

Pelakon wanita berusia 35 tahun itu juga dilihat memakai jubah dan bertudung hitam.

Namun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah hadir ke situ.

Berdasarkan pemerhatian, Puteri Sarah dilihat sudah tidak mengikut akaun instagram Syamsul manakala Syamsul pula kali terakhir memuatnaik gambar dengan anak-anaknya pada Mei lalu.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1. -SM

(Visited 1,057 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button