Jenayah

Mayat perempuan ditemukan dalam simen, lelaki warga asing direman 

Penemuan mayat wanita dalam keadaan disemen dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar mengejutkan orang ramai.

Tindakan pantas polis berjaya berjaya menahan seorang lelaki warga asing dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes penemuan mayat di dalam kolah bilik mandi, dua hari lepas.

Majistret Amirul Abd Rasid membenarkan reman bermula hari ini sehingga 11 Disember selepas permohonan reman dikemukakan.

Terdahulu, lelaki berusia 53 tahun itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Klang pada jam 9.47 pagi dengan diiringi anggota polis.

Dua lelaki warga asing iaitu Ranjit Singh dan Mandeeo Singh yang merupakan penyewa di rumah berkenaan sebelum ini dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – SM

Artikle Berkaitan :>

Mayat terapung di tasik disyaki mangsa pembunuhan

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button