Sukan

Lee Zii Jia bergaya melangkah di suku akhir All England

Pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mempamerkan aksi bergaya untuk mengenepikan juara dunia 2021 Loh Kean Yew dari Singapura 21-15, 21-12 pada pusingan kedua kejohanan badminton All England 2024.

Pemain nombor 10 dunia Zii Jia mempamerkan permainan terbaik untuk menamatkan pertembungan intensiti tinggi dalam masa 33 minit dan mara ke suku akhir di Arena Utilita di Birmingham.

Kemenangan itu adalah yang keempat berturut-turut buat pemain terbaik negara itu menentang ranking ke-11 dunia, Kean Yew.

Zii Jia, juara perseorangan lelaki All England 2021, akan menentang sama ada pemain nombor 18 dunia India Lakshya Sen atau pemain nombor empat dunia Denmark Anders Antonsen dalam perlawanan suku akhir.

Zii Jia, 25, menewaskan pemain nombor enam dunia Jepun, Kodai Naraoka 21-12, 21-19 pada pusingan pertama semalam.

Dalam kejohanan tahun lalu, Zii Jia dihantar puland pada separuh akhir selepas tumbang 19-21, 13-21 kepada pemain China, Shi Yuqi.

Sebaliknya, dua pasangan beregu campuran negara mengalami penyingkiran awal selepas tewas kepada lawan mereka pada pusingan kedua. – SM

(Visited 16 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button